30 April 2012

~PAKAI SERBAN ADALAH SUNNAH~







Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:

“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Daripada Jabir r.a dia berkata:

“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei r.a.)

Sebenarnya Baginda Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.

Memakai serban adalah sunnah da’iman (yang berterusan). Dilaporkan bahawa rasulullah s.a.w saran memakai serban. Baginda bersabda, “Pakailah amamah(serban) selalu kerana ia menambah (kesopanan) seseorang.”[Fathul Bari] Seorang telah betanya Abdullah ibn Umar r.a., “Adakah memakai amamah (serban) sunnah?” ujar beliau, “Benar, ia adalah sunnah.” Disebut dalam sebuah hadith biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir.