28 March 2012

ADOLF HITLER antara ISLAM DAN YAHUDI


Dalam Saya berblogwalking..perjalanan Saya terhenti di satu perhentian yang mengandungi satu topik yang menarik untuk Saya kongsikan bersama dengan sahabat2 blogger. Alkisah tentang seorang student yang sedang menamatkan tesis PhDnya mengenai Adolf Hitler, seorang pemimpin Nazi ketika perang dunia ke-2 dahulu. Holocaust adalah peristiwa pemusnahan hampir seluruh Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman dan kelompoknya ketika berlakunya Perang Dunia II. Orang Yahudi sering menyebut peristiwa ini sebagai Shoah, istilah Ibrani yang berertiti malapetaka atau bencana hebat. Holocaust sendiri berasal dari bahasa Yunani, holo yang bererti seluruh, dan caustos yang bererti terbakar.

Lelaki bermisai kontot serta memakai kot panjang favourite kepunyaannya ini sentiasa menjaga imejnya sebagai seorang anggota tentera yang berdisplin. Kedua-dua imej tersebut sememangnya tidak pernah lekang daripada tubuh anak kelahiran Australia ini. Bahkan kerana kedua-dua imej itulah, Hitler mudah dikenali ramai. Kebolehannya berpidato menguatkan lagi imej lelaki ini. Setiap syarahan yang disampaikannya akan diselitkan dengan unsur humor sebagai penggeli hati peminatnya. 'SAY HEIIII !!' sering kali dilaungkan Hitler sebelum dia meneruskan syarahannya dan ia disahut balik oleh peminat-peminat fanatiknya yang rata2 terdiri daripada rakyat Amerika Syarikat khususnya. Figura berfikiran tinggi ini juga disukai rakan2 sepasukannya yang lain kerana sikap penyayang yang dimilikinya sejak kecil lagi. Dalam pada itu, dia sendiri membela seekor anjing yang diberi nama Little Fox, yang dijadikan penghiburnya di kala tekanan dan kebosanan.


Ada benarnya bila dipersoalkan mengapa dunia terlalu menghukum pemimpin Nazi ini seolah2 Nazi masih wujud sehingga kini. Namun dunia seakan lupa kesilapan pihak Bristish terhadap Scotland, Jepun dalam usaha perluasan empayarnya dan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Mungkinkah kerana peranan Hitler ini yang melakukan pemusnahan bangsa Yahudi, maka beliau terus kekal dalam sejarah sebagai manusia yang terus di hukum bersalah. Memang selama ini, Hitler yang kita kenali adalah kejam namun ada beberapa fakta yang kita tidak tahu tentang prinsip Hitler, peribadinya dan juga pendekatan agama Islam dalam hidupnya. Sebelum Hitler menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia telah meninggalkan dua prinsipnya yang utama buat Jerman. Dua prinsip tersebut ialah:



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

Firman Allah SWT Surah Al-A'raf ayat 167 :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum2 yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."



2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga2 tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik, Hitler sering memuji warisan dan budaya Kristian di negaranya serta mengaku kepercayaannya terhadap Yesus Kristus Arya, iaitu sebuah kepercayaan yang menentang Yahudi. Di dalam ucapan dan persembahannya, Hitler sentiasa membicarakan pentafsiran Kristiannya sebagai satu motivasi dalam menguatkan lagi stigma antisemitismnya.

Sungguhpun dirinya didakap dengan seribu kerohanian agama Jesus itu, namun siapa sangka dia juga sebenarnya turut mengagumi Islam sebagai sebuah ajaran yang menyeluruh. Dia pernah menyebut dalam satu petikannya yang berbunyi,
"You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible tu us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness..."

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Disamping itu, apabila azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat, Hitler akan memberi peluang kepada rakan2nya yang beragama Islam untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Begitu juga dengan solat Jumaat, setiap kali masuknya waktu solat Jumaat, segala kegiatan dan latihan ketenteraan akan direhatkan selama beberapa jam bagi menghormati waktu berkenaan kepada mereka untuk menunaikan fardu Jumaat. Bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir. Bukan itu sahaja, ikatan hubungan diplomatik yang dilakukannya dengan mufti dan ulama dari serta dunia sepatutnya meraih pujian. Mufti Palestin, Sheikh Amin al-Husaini merupakan antara mufti yang sangat rapat dengan Hitler.
Menurut satu sumber, Imam yang disebut itu adalah Mufti Palestin ketika itu yang merupakan pakcik kepada mantan Presiden Palestin sebelum ini iaitu Yaser Arafat.
Melalui hubungan ini, mereka bersama menubuhkan sebuah pertubuhan khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang beroperasi di rantau Balkan.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...




Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds:-

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Dia juga memegang prinsip yang sama dengan Islam iaitu membenci puak Yahudi dengan menganggap golongan tersebut penjahanam dunia. Islamik dalam kehidupan sehariannya. Seperti contoh, Hitler sering melafazkan sepotong ayat al-Quran yang dipetik dari Surah al-Qamar ayat 54 ,

"(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang terus menerus." Dan mereka menduakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedangkan tiap2 urusan itu telah ada ketetapannya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang di dalamnya terdapat cegahan (dari kekafiran). Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan2 itu tidak berguna lagi (bagi mereka)."

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow dan ketika itu Hitler mula menjinakkan diri dengan ayat al-Quran ini setelah memerintahkan penasihat2nya untuk mencari kata2 mukadimah yang baik sebagai pendahuluan ucapannya tak kira dari kitab agama, kata2 falsafah ataupun dari bait syair. Lantaran itu, seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di german telah mengesyorkan agar ayat ini diambil Hitler sebagai mukadimah ucapannya. Selepas mendengarnya, timbul perasaan teruja dan kagum akan keindahan ayat tersebut yang mengandungi maksud mendalam. Sejak daripada itu, ayat tersebut sering dilafazkan sebagai permulaan ucapannya dalam mana-mana majlis.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf, segala coretan kisah hidupnya yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi. Pepatah pernah menyebut 'Jangan menilai sesebuah buku itu berdasarkan kulit depannya', dan itulah yang diterima oleh Hitler semasa hidupnya apabila dia tidak dikenali dengan lebih rapat.
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila2 waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) sebagai minuman tatkala penghibur ketika dilanda permasalahan serta penawar tatkala dilanda kesakitan mahupun ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Air 'raja segala kejahatan' itu telah digantikan dengan teh uncang yang menjadi kegemaran Hitler sepanjang masa. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Memiliki tubuh setinggi 179 cm, sudah tentu pelbagai persoalan timbul bagaimanakah Hitler menjaga tubuhnya. Pemakanan sihat secara vegetarian, tidak merokok serta mengambil bahan2 alkohol merupakan jawapan Hitler bagi kesemua soalan ini. Pengambilan teh uncang juga merupakan salah satu amalan sihat yang diamalkan Hitler dalam menjaga aspek kesihatannya.

p/s : Ingat lagi antara kata-kata Adolf Hitler mengenai Yahudi: "Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuh mereka."- Adolf Hitler. Disebalik artikel ini, ada terjumpa beberapa fakta yang membuktikan bahawa Hitler sendiri berketurunan Yahudi. Hurm....apa komen anda mengenai artikel itu... mari kita selidik.... :)

16 March 2012

Salahkah Jika Wanita Meminang Lelaki?




Sekali lagi ketika saya berblogwalking di internet, saya ada terpandang satu artikel tentang wanita pada zaman ini yang tidak ingin meluahkan hasrat yang terbuku di hati tentang perkahwinan yang sememangnya menjadi fitrah semula jadi manusia untuk mencari pasangan.


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang. Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.


Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.


Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.


Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.


Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.


Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.


Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.


Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.


Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu.


“Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :


“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:


“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)

Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.


“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21)

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti:


“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50)

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut:

“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah)

Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan:

“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37)

Meskipun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai rasa malu, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48)

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada Rasulullah dengan menyampaikan pesanan Khadijah ra:


“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya:

Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan; Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata:

“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari; Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah;
“Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”. (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj)

Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.

“Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38)

Islam adalah agama yang syumul. Hiduplah dibawah panduan syariat semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. InshaAllah.

p/s.....
Mengikut pendapat saya wanita melamar lelaki merupakan amalan yang terpuji.....

Waallahualam.................

Sumber :- Zaihan@blogspot.com/Internet




Remaja Lari Dari Rumah....... MENGAPA???


Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Ibu mengandungkan mereka selama 9 bulan 10 hari, ayah membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka. Ibu bapa sayangkan anak mereka sampai nyamuk nak gigit pun tak boleh.. Itu belum lagi pengorbanan yang sabar dalam membesar,membela dan menjaga ketika sakit. Tapi bila dah besar, dah pandai, dah cantik, dah pandai bercinta…pengorbanan ibu bapa dipersiakan. Kepayahan ibu bapa membesar dan menjaga mereka telah dilupakan. Hanya kerana mengejar dan ingin membuktikan perasaan kasih sayang dan cinta kepada ntah jantan mana yang baru dikenali setahun dua.

Yang lebih dasyat dan bikin panas hati, boleh pulak kata lari kerana tidak tahan lagi dengan kekangan disebabkan ibubapanya yang sentiasa menegur dan memarahi setiap perbuatanya.Kalau dah benda yang kau buat tu salah dan berdosa atau boleh membawa kepada perkara yang tak baik, takkanlah mak bapak kau nak biarkan. Semuanya atas alasan tidak bebas dan terkongkong. Nak bebas macam mana lagi, adakah bebas tu bermaksud kau boleh tidur dirumah boyfriend, boleh keluar malam-malam lepak sana sini, boleh berpeluk jantan sana jantan sini, boleh merayau-rayau tak tentu arah di pekan-pekan atau Bandar? Boleh masuk pub-pub?

Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat akan mempengaruhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka.

Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan baru dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini. Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama alan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah.Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka. Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka akan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah.

Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini akan menyebabkan anak-anak berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka. Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini menyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosan di hati mereka. Mereka akan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. Akhirnya jika ada rakan- rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa mala mereka alan mengikutnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. Remaja yang sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan mencari pekerjaan. Mereka sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana mereka ingin menikmati kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan, remaja itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian.

Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa harus memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidak melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa harus bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga taat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan.

Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut. Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. Tindakan berlengah-lengah akan menambahkan kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini.

Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memain peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini.

sumber:mazlan66.wordpress.com