30 April 2012

DOAKU UNTUKMU......:-)



HAYATI KISAH INI.................................!!!


Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hanya tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus selesai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual selepas solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tanya Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.



Hidup ini perlu banyak memberi kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Dan tidak semestinya pemberian itu hanya dari sudut kebendaan, doa adalah pemberian yang sangat berharga, lebih-lebih lagi doa yang tidak diketahui oleh penerimanya. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada, mungkin apa yang kita miliki sekarang adalah daripada doa orang lain kepada kita...

~YAKIN PADA DIRI SENDIRI~

~SISTEM WUDUK CANGGIH~

~HULURKAN BANTUAN~

~PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI





Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.


Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.


Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.


Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

~PAKAI SERBAN ADALAH SUNNAH~







Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:

“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Daripada Jabir r.a dia berkata:

“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei r.a.)

Sebenarnya Baginda Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.

Memakai serban adalah sunnah da’iman (yang berterusan). Dilaporkan bahawa rasulullah s.a.w saran memakai serban. Baginda bersabda, “Pakailah amamah(serban) selalu kerana ia menambah (kesopanan) seseorang.”[Fathul Bari] Seorang telah betanya Abdullah ibn Umar r.a., “Adakah memakai amamah (serban) sunnah?” ujar beliau, “Benar, ia adalah sunnah.” Disebut dalam sebuah hadith biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir.





7 Wonders of The World

Kisah hidup Nabi Muhammad SAW untuk renungan kita semua:


Pedang Nabi Muhammad SAW

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukulisterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Akumenanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Semoga kita dapatmencontohi sifat-sifat yang terdapat pada Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah s. a. w. bersabda,,"SAMPAIKANLAHPESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia:

Anak panah merah mewakili pergerakanpara sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.

Wilayah nusantara ini didiami olehrumpun bangsa Melayu(Jawi).Saatini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Denganpenduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranyaberagama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslimterbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsaArab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianyamerupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakanterdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapitidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinanwujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantaratetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAWjumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalahberdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafahuntuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuandari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.SyeikhYusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab HayatusSahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah dimana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansarir.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkatabahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hujuga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapatmenyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatanbenua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabatRasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaidal-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabisaw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saadbin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusofr.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China danmembina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliaubersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow danCanton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid CheeLin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaanorang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah adakomuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar diCanton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah disana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China makatidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dankepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawakira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkanoleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibukota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh HjIbrahim Tien Y.M yang berjudul 'PerkembanganIslam di Tiongkok (China)'.

Makam yang di dakwa milik sahabatnabi Saidina Saad bin Abi Waqas r.hu

2. Ada sebilangan ahli sejarah Islamberpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalamekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,danmakamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermaknaMasjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asiadan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumatpembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanyakeislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab AlBidayah Wal Nihayah)

3, MenurutMonuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahunRasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAWmempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapatsebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalahsahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan RasulullahSAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M dipesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telahberdiri sebuah perkampungan Arab.

Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam SahabatNabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalahorang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.)di Barus (Fansur) dekat Acheh,Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H.Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikhkewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorangsahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa denganbeliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dantabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajianmengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya“Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapatbeliau dapat di nukilkan seperti berikut.

1. Surat dakwah yang disebarkanRasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepadaRaja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.humdi atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaanSriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arabdi Sriwijaya, tahun 625M.

2. Misi dakwah ke Nusantara, semakinintensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa SyeikhRukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishohr.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaanBani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah diNusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatuekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab binQobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.


Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara"menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saadbin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qaysbin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu,Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yanglain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuhkerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinahke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka danseterusnya ke China.Ekspedisi dakwah merekamengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.

Jelas, Islam di Nusantara termasukgenerasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnyabukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahliorientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana parapedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari JazirahArab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Acehsekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuahtanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dannyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Berdasarkan peta Asia Selatan, kitaboleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikanIndia(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskanperjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di Indiabeberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar keBandar Aceh, Barus, terus menyusuripesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malakalalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)
Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd alFarid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “JaringanUlama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkanadanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umarbin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirimsurat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

”Dari Raja di Raja(Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucuseribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang diwilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbuwewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah.Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiahyang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Andamengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya danmenjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”